Kalau lihat di media sosial, Bella Dally amat tabah melalui episod perceraian dalam hidupnya, malah melalui hari seperti sedia kala. Menerusi video di Instagram, Bella berkongsi tips dirinya kembali bangkit ketika menghadapi dugaan hebat dalam hidupnya itu.

BACA: Nazim Othman, Bella Dally Sah Cerai


“Tips pertama, kena yakin dan reda dengan ketentuan Allah, saya letakkan mindset apa yang jadi ada hikmah dan Allah sentiasa bersama saya. Apa buat saya gembira kerana saya dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan”


“Berhati-hati memilih kawan kerana bukan semua kawan kita jujur dan ikhlas nak tolong kita, keluarga dan kawan saya menjadi support system paling kuat. Kemudiannya, fokus untuk memperbaiki diri, sayangi diri dan terima seadanya”

Selain itu, Bella juga mencari alternatif lain untuk menggembirakan diri sendiri seperti mencari hobi baru. Jelasnya selain ianya menyeronokkan, malah dapat memastikan Bella terus sibuk dan tidak ‘over thinking’.



“Saya juga menyibukkan diri dan belajar perkara baharu misalnya perniagaan biskut dan kraf. Memang menyeronokkan! Jadi, itulah perkara yang saya buat dan rasa berkesan,” kongsinya. (rtky/w)