Protes kepimpinan jangan sampai keluar parti

Sunday, July 1, 2018

Protes kepimpinan jangan sampai keluar parti

Protes kepimpinan jangan sampai keluar parti

SELAMA - Mana-mana wakil rakyat Umno tidak sewajarnya mengambil jalan mudah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas sekalipun tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan kepimpinan tertinggi Umno semalam.

Ketua Umno bahagian Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan pemilihan  dibuat adalah berasaskan suara akar umbi dan mana-mana pemimpin tidak sepatutnya membuat sebarang tindakan merugikan parti sekalipun tidak berpuas hati.

Menurutnya, kesemua wakil rakyat Umno jangan hanya memikirkan kepentingan diri sekalipun tidak bersetuju dengan kepimpinan baharu parti, sebaliknya fikirkan dahulu tanggungjawab kepada ahli.

"Saya memohon kepada semua ahli Parlimen, wakil rakyat Umno supaya terus bersatu dan tidak hanya memikirkan kepentingan diri meskipun mungkin ada tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan (jawatan tertinggi) parti.

Hamzah (tengah) bersama anggota Jalinan Rakyat (JR) Wanita Umno Bahagian Larut.

"Sebagai contoh di Larut, walaupun kami tidak memilih calon Presiden parti yang menang(semalam), tetapi saya tidak akan keluar parti kerana bagi saya perkara paling penting adalah tanggungjawab kepada ahli parti.

"Keputusan pemilihan kepimpinan tertinggi Umno Pusat dan bahagian adalah merupakan satu proses pemilihan ditentukan ahli, jadi suka atau tidak semua wakil rakyat Umno perlu fikirkan tanggunghawab untuk ahlu dahulu,"katanya sewaktu ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Larut di Arena Batu Kurau, di sini hari ini.

Turut hadir Adun Batu Kurau dan Timbalan Ketua Umno bahagian Larut, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Hamzah berkata, kesemua wakil rakyat Umno tidak wajar bertindak keluar parti dan jadi wakil rakyat bebas hanya bila mereka rasa tidak puas hati.

Menurutnya, sekiranya wakil rakyat Umno sudah diberi mandat di kawasan diamanahkan parti, mereka kena bertanggungjawab terhadap ahli di tempat tersebut.

"Saya memohon Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan bekas Ketua Puteri Umno supaya fikir semasak-masaknya keputusan dibuat(keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas) dan kembali kepada Umno.

"Kebiasaannya pemimpin muda cepat emosi namun kita perlu tahu segala berlaku terhadap Umno pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Kita kena sentiasa ingat kita menang dahulu pun atas sokongan ahli parti, jadi jangan kita sekali-kali melupakan kepentingan mereka,"katanya.

Sementara itu, Hamzah turut berharap kepimpinan tertinggi Umno baharu jangan hanya memikirkan sesuatu untuk kepentingan golongan tertentu semata-mata.

Menurutnya, kepimpinan parti di peringkat bahagian dan negeri sepatutnya bukan hanya memikirkan tanggungjawab untuk pemimpin atasan sebalik perlu berlaku adil kepada semua ahli akar umbi.

"Sepatutnya suara ahli perlu dibawa bukan sahaja dari atas ke bawah, malahan juga dari bawah ke atas.

"Sekiranya budaya baharu itu boleh dilaksanakan, saya yakin Umno dan orang Melayu akan kembali bangkit pada PRU15,"katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment