Kronologi siasatan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd

Tuesday, July 3, 2018

Kronologi siasatan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd

Kronologi siasatan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd

12 Mei 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan 1MDB bukan lagi rahsia]

16 Mei 2018

Tun Dr Mahathir menegaskan terdapat banyak kesalahan dan penyelewengan membabitkan 1MDB berbanding yang telah diketahui umum.

Menurutnya beliau sudah mendapat maklumat daripada pihak polis serta meneliti laporan pengauditan berkaitan skandal itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Banyak penyelewengan tersembunyi]

17 Mei 2018

1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.

Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan Pengauditan 1MDB yang baharu dikeluarkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB perlu RM42.26 bilion untuk lunas hutang]

18 Mei 2018

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat SPRM, Selasa berikutnya bagi membantu siasatan berhubung skandal SRC International.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM panggil Najib bagi keterangan]

21 Mei 2018

Pasukan Khas bagi menyiasat skandal berkaitan 1MDB yang baru diumumkan penubuhannya bertemu pertama kali di Menara Ilham, di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan pertama pasukan khas 1MDB]

22 Mei 2018

Najib tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tiba di SPRM, beri keterangan kes SRC International]

23 Mei 2018

Najib dikehendaki hadir untuk kali kedua di ibu pejabat SPRM pada 10 pagi keesokannya bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata keterangan Ahli Parlimen Pekan itu perlu dirakam untuk membantu siasatan kes.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib disoal-siasat lagi]

24 Mei 2018

Selesai. Najib memaklumkan sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd telah selesai.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib selesai beri keterangan isu SRC International]

24 Mei 2018

Sekali lagi, Najib tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.45 pagi untuk menyambung keterangannya dalam siasatan dijalankan badan anti rasuah itu berhubung anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib senyum, tiba sambung keterangan kepada SPRM]

5 Jun 2018

Pasukan guaman yang mewakili bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk berhenti mewakilinya yang berdepan dakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

[ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan SRC: Peguam Najib tarik diri]

5 Jun 2018

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke ibu pejabat SPRM pada 10.40 pagi, bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah hadir ke SPRM, bantu kes SRC International]

21 Jun 2018

Tun Dr Mahathir menggelar Najib penipu selepas dakwaannya mengatakan tidak tahu wang daripada 1MDB yang muncul dalam akaun peribadinya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir beritahu Najib rakyat tak bodoh]

25 Jun 2018

Menurut Tun Dr Mahathir, SPRM mengesahkan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Najib sekiranya mereka menemui bukti kukuh untuk mendakwanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung tahanan reman dikenakan terhadap bekas pegawai khas Najib bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir jamin Najib tak akan terlepas hukuman]

27 Jun 2018

Najib dan isterinya akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan berhubung siasatan skandal 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, polis akan meneruskan siasatan ke atas kedua-dua mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis akan panggil Najib, Rosmah]

3 Julai 2018

Kemuncaknya, Najib ditahan sepasukan pegawai SPRM di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta.

Difahamkan, Najib dibawa ke Ibu Pejabat SPRM untuk siasatan berkaitan siasatan 1MDB dan SRC International.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment