Khaled Nordin gesa kerjasama pulihkan Umno
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno yang baharu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa semua pihak bekerjasama memulihkan semangat juang Umno.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, semua harus memberikan sokongan penuh, bantuan dan juga doa untuk memastikan jalan dan usaha memulihkan Umno akan berjalan lancar dan berjaya
"Walaupun ia akan menjadi proses yang sukar dan mencabar, saya yakin parti itu dapat dipulihkan.
"Saya akan memastikan semua komitmen dan resolusi yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya akan dipenuhi," katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan dan bahagian Umno untuk memilihnya sebagai salah satu naib presiden parti.
Bekas Menteri Besar Johor itu disahkan sebagai Naib Presiden Umno yang ketiga dalam pemilihan parti bagi sesi 2018-2021.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, namun beliau tidak mendedahkan jumlah undi yang diperoleh Khaled.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment