Kemuka bukti jika benar wujud politik wang: Mohamad

Monday, July 2, 2018

Kemuka bukti jika benar wujud politik wang: Mohamad

Kemuka bukti jika benar wujud politik wang: Mohamad

SEREMBAN â€" Individu yang mendakwa wujud amalan politik wang pada pemilihan Umno perlu kemukakan bukti sekiranya benar.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Tidak usahlah cakap sahaja, jika ada bukti buat laporan,” katanya selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker Dun dan Adun Negeri Sembilan pada Persidangan (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa beliau mendapat khabar bahawa dalam pemilihan Umno kali ini banyak wang telah digunakan.

Pada pemilihan parti yang berlangsung Sabtu lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai presiden dengan 99 undi manakala Khairy Jamaluddin memperoleh 61 undi dan Tengku Razaleigh memperoleh 30 undi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga pengerusi BN Negeru Sembilan berkata, pemilihan Adun BN sebagai ketua pembangkang sidang Dun penggal ini sedang dibincangkan.

Katanya, tugas sebagai pembangkang bukan hanya untuk membangkang sahaja, tetapi turut memain peranan dalam memantau perjalanan dan dasar yang dibuat kerajaan negeri agar rakyat menerima manfaat dengan setiap dasar yang dilaksanakan. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment