Kahwini kanak-kanak: Suami nafi larikan diri

Monday, July 2, 2018

Kahwini kanak-kanak: Suami nafi larikan diri


Che Abdul Karim Che Hamid, 41, berkata, dia tidak ke mana-mana malah menjalankan kerja membeli getah daripada penduduk kampung seperti biasa.

Malah katanya, dia dan isteri ketiganya itu telah dipanggil oleh polis untuk memberikan kenyataan dan pihak kerajaan negeri akan turut bertemu denganya di sini pada petang ini.

“Justeru, saya akan mendapatkan nasihat pihak kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan, termasuk mendaftarkan perkahwinan kami.

“Saya tidak ke mana-mana kerana masih ada di kampung ini dan menjalankan kerja membeli getah daripada penduduk kampung seperti biasa. Saya bersedia berjumpa dengan sesiapa termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Che Abdul Karim berkata, biar apa pun yang terjadi, dia tidak akan melepaskan isterinya itu walau dicemuh oleh pelbagai pihak.

“Saya berharap perkara ini reda dan terkawal. Saya mohon doa yang baik-baik daripada semua. Tetapi untuk meninggalkan Ayu tidak sekali-kali kerana saya sudah mengambilnya sebagai isteri,” katanya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment