Buat kerja awal pagi elak dikesan
KOTA TINGGI - Buat kerja awal pagi ketika orang ramai sedang nyenyak tidur merupakan antara salah satu modus operandi pendatang asing tanpa izin (Pati) memasuki negara ini melalui jalan tikus.
Seorang penduduk dari kawasan berhampiran yang enggan dikenali berkata, Pati yang masuk juga kadang kala tidak dapat dibezakan sama ada mereka adalah Pati atau datang secara sah.
Ini kerana kebiasaannya Pati yang baru masuk ke negara ini tidak membawa beg besar, sebaliknya berlagak seperti pelancong atau pekerja biasa.
âKami dengar mereka menyelinap masuk pada waktu awal pagi ketika hari gelap. Ada orang yang mengambil mereka dari lokasi pendaratan untuk dibawa ke lokasi lain.
âSaya tak pernah terserempak kerana mereka buat kerja tu pada awal pagi semasa semua orang tengah tidur nyenyak.
âKalau terserempak pun kami tak tahu mereka ni Pati atau tidak, tambahan pula kehadiran pekerja warga Indonesia yang bekerja di kebun sudah biasa dilihat jadi tak suspek sangat,â kata penduduk berkenaan.
Dalam pada itu, Pegawai Rela Daerah Kota Tinggi, Jasma Khamis berkata, Pati yang datang secara haram ke negara ini dibawa masuk dan dipandu tokan.
Katanya, taktik yang biasa digunakan adalah Pati akan diletakkan di kawasan pendaratan haram sebelum diambil tokan darat untuk dibawa ke tempat yang ingin dituju.
âIni adalah antara taktik Pati yang dapat dikesan apabila cuba memasuki negara ini melalui jalan tikus. Anggota Rela merupakan antara kumpulan yang terlibat dalam membantu pihak imigresen sekiranya mereka melakukan operasi tangkapan Pati.
âTambahan pula umum mengetahui bahawa perairan di daerah ini merupakan terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 989 km bermula dari Pengerang ke Tanjung Sedili.
âJadi terlalu luas untuk mereka menyelinap. Biasanya kawasan yang menjadi tempat mereka mendarat antaranya di jeti-jeti haram, serta menggunakan jalan kebun dan hutan untuk mengelak dari dikesan,â katanya.
Terdahulu, semalam media melaporkan seorang wanita maut manakala 25 selamat selepas bot pancung dipercayai membawa masuk Pati dari Batam karam kira-kira jam 12 malam di perairan Tanjung Punggai.
Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, pihak maritim mendapat maklumat kejadian itu jam 4.45 pagi dari petugas pelantar minyak berhampiran yang menemui dua orang mangsa cuba mendapatkan bantuan.
Dipercayai 44 Pati berusia 20-an hingga 40-an menaiki bot pancung berkenaan yang dikatakan bergerak dari Batam kira-kira jam 10 malam sebelum karam kira-kira 5.2 batu dari perairan Tanjung Punggai akibat lebihan muatan dan cuaca buruk.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment