Adam Shahz kongsi pengalaman jadi pemandu Grab

Tuesday, July 3, 2018

Adam Shahz kongsi pengalaman jadi pemandu Grab

Adam Shahz kongsi pengalaman jadi pemandu Grab

JIKA sebelum ini pelakon dan penyanyi Danny X-Factor berkongsi pengalamannya mengambil keputusan bergelar pemandu Uber.

Kini giliran pelakon Adam Shahz pula bergelar pemandu Grabcar sejak setahun lalu.

Memetik laporan mStar Online, katanya tiada apa yang hendak dimalukan kerana pekerjaan itu juga halal.

Malah pelakon Filem Dorm Melati ini juga memberitahu pekerjaan itu merupakan sebahagian kerja pada waktu luangnya.

"Sudah setahun lebih saya menjadi pemandu Grab dan alhamdulillah saya semakin selesa dengan kerja yang saya lakukan.

"Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon," jelasnya.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai pengalamannya, Adam, 38, akui pernah melalui beberapa dugaan namun setakat ini tiada lagi yang mengancam keselamatannya.

"Digoda itu mungkin biasa tetapi biasanya saya tidak layan... Ditipu pelanggan pun ada juga.

"Alhamdulillah setakat ini tiada kejadian membimbangkan berlaku. Kalau terpaksa saya akan batalkan pesanan pelanggan jika ada sesuatu yang saya rasa tak kena atau ada mereka menggunakan akaun palsu," katanya.

Selesa dengan pekerjaan sampingan itu, Adam turut menyatakan bahawa ini bukan signal untuknya berhenti dari bidang lakonan kerana masih banyak perkara yang belum dicapainya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment