65 gempa susulan gegarkan barat Iran dalam tempoh 16 jam

Monday, July 23, 2018

65 gempa susulan gegarkan barat Iran dalam tempoh 16 jam

65 gempa susulan gegarkan barat Iran dalam tempoh 16 jam

KERMANSHAH - Sebanyak 165 gempa susulan direkodkan di barat wilayah Kermanshah, Iran dalam tempoh 16 jam, selepas gempa bumi berukuran 5.9 magnitud mengegarkan wilayah itu, menurut seorang pegawai tempatan, lapor agensi berita Iran (IRNA).

Gegaran susulan berlaku sejak gempa menggegarkan Kermanshah pada 2.37 petang waktu tempatan, Ahad sehingga 6.30 pagi, Isnin, kata ketua pusat seismograf Kermanshah, Farhad Norouzi kepada IRNA.

Menurutnya, dua daripada keseluruhan gempa susulan ukurannya melebihi empat magnitud.

Gempa susulan pada pagi Isnin itu berpusat di ibu negara wilayah Kermanshah, manakala gempa 5.9 magnitud pada Ahad merosakkan 951 bangunan serta mencederakan 287 orang.

Sebelum ini, katanya kira-kira 3,649 gegaran susulan berlaku wilayah itu sejak gempa berukuran 7.3 magnitud melanda bandar tempatan Ezgeleh pada November lepas, meragut 620 nyawa selain mencederakan lebih 12,000 orang. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment