Ubah persepsi Kuala Krai

Saturday, October 13, 2018

Ubah persepsi Kuala Krai

Ubah persepsi Kuala Krai

KUALA KRAI - Bandar Baharu Kuala Krai yang akan dibangunkan di Pahi tidak lama lagi  bakal mengubah persepsi Kuala Krai bandar termundur di Semenanjung Malaysia pada tahun 2010.

Ketua Jajahan Kuala Krai, Zulkifle Ab Rahman berkata, bandar ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 12 hektar bersebelahan Hospital Kuala Krai baharu.

"Projek ini merupakan usahasama antara Majlis Daerah Kuala Krai dan pemaju projek Bandar Baharu Gua Musang.

"Syarikat ini telah pun diberikan kelulusan untuk memasuki tapak, projek ini dijangka siap dalam masa dua tahun," katanya kepada Sinar Harian selepas Merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Jajahan Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuala Krai.

Turut hadir, Ketua Pegawai Pendidikan Kuala Krai, Sazali Ibrahim dan ketua jabatan.

Zulkifli berkata, apabila siap kelak, ia dijangka menjadi pemangkin ekonomi di sekitar kawasan Pahi.

" Antara kemudahan yang akan disediakan di Bandar Baharu Kuala Krai ialah hotel, rumah kedai, perumahan serta surau.

"Sebaik Hospital Kuala Krai baharu ada, persepsi terhadap bandar Kuala Krai mula berubah apa lagi dengan adanya bandar baharu," katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Kuala Krai bandar termundur di Semenanjung pada 2010.

Ia diukur berdasarkan 23 jenis ukuran pemboleh ubah di bawah Indeks Umum Kemunduran (GID).



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment