Ahmad Zahid, Nurulhidayah kembali beri keterangan di SPRM pagi ini

Wednesday, October 10, 2018

Ahmad Zahid, Nurulhidayah kembali beri keterangan di SPRM pagi ini


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 9.16 pagi dengan menaiki kereta jenis Lexus berwarna putih.

Ini merupakan kali keempat Ahmad Zahid memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya iaitu Yayasan Akal Budi.

Semalam Ahmad Zahid telah memberi keterangan selama lapan jam kepada suruhanjaya itu selain dipanggil untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.

Turut hadir untuk memberi keterangan berhubung kes sama hari ini ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang tiba secara berasingan pada pukul 9.22 pagi.

Sebelum ini, Ahmad Zahid merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk melalui akaun laman twitter memaklumkan beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya SPRM bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment