Srikandi Bersatu tubuh Rumah Ngaji

Wednesday, October 10, 2018

Srikandi Bersatu tubuh Rumah Ngaji

Srikandi Bersatu tubuh Rumah Ngaji

IPOH - Srikandi Bersatu Perak mencipta sejarah sebagai sayap pertama di dalam Bersatu yang menubuhkan Rumah Ngaji.

Ketuanya, Norhaslinda Zakaria berkata, inisiatif tersebut dilakukan bagi mengajak Srikandi Bersatu menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membuat sebarang keputusan.

Katanya, nilai murni di dalam al-Quran akan diterapkan dalam setiap ahli Srikandi Bersatu di negeri ini.

"Walaupun ini sesuatu yang baru, sebenarnya kita sudah ada dua bahagian Srikandi Bersatu yang menubuhkan Rumah Ngaji iaitu Tambun dan Tapah.

"Srikandi Bahagian Kampar juga akan menyusul menubuhkan Rumah Ngaji ini dan diikuti dengan beberapa bahagian lain," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Taklimat Rumah Ngaji Negeri Perak di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.

Hadir memberikan taklimat tersebut, Penaung Rumah Ngaji Perak, Datin Normah Hanum Ibrahim dan Penasihat Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah.

Sementara itu, Normah Hanum berkata, inisiatif yang dilakukan Srikandi Bersatu Perak itu sangat baik.

Katanya, Rumah Ngaji Perak menyambut baik usaha berkenaan dan sehingga kini terdapat sebanyak 64 Rumah Ngaji di negeri ini.

Beliau berkata, dalam masa terdekat pihaknya akan mengadakan kursus Cordobana selama tiga hari di Kediaman Menteri Besar pada 19 hingga 21 Oktober ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment