Pembantu peribadi Najib buat laporan terhadap Kit Siang

Friday, October 12, 2018

Pembantu peribadi Najib buat laporan terhadap Kit Siang


Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Sri Hartamas di sini.

Menurut Malaysiakini, laporan polis itu dibuat berhubung artikel yang ditulis oleh Kit Siang yang disiarkan di portal tersebut bertajuk “If I am PM, I will reopen investigation: Kit Siang To Najib.” pada Isnin lalu.

“Dalam artikel tersebut, Kit Siang mahu siasatan semula dijalankan untuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed yang pernah dikaitkan Pakatan Harapan terhadap majikan saya Datuk Seri Najib Tun Razak

“Oleh itu, polis perlu menyiasat Kit Siang untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana beliau berkata siasatan lanjut diperlukan.,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Pembantu peribadi tersebut berkata, Kit Siang perlu menyediakan maklumat dan meminta siasatan baharu dijalankan berhubung kes-kes terbabit jika beliau berada di pihak yang benar.

“Berdasarkan maklumat tambahan yang diberi oleh beliau, saya mahu pihak polis membuka semula siasatan ke atas kes-kes pembunuhan ini.

“Jika hasil siasatan ini menunjukkan majikan saya tidak terlibat maka saya pohon polis untuk membersihkan nama Najib,” jelasnya.

Namun begitu ujarnya, jika dakwaan Kit Siang tidak berasas dan merupakan satu pembohongan politik, beliau menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment