Tidak gentar bergerak sendiri

Thursday, October 11, 2018

Tidak gentar bergerak sendiri

Tidak gentar bergerak sendiri

SHAH ALAM - Calon Bebas PRK Port Dickson, Lau Seck Yan tidak gentar walaupun hanya bergerak sendiri tanpa jentera sepanjang berkempen.

Beliau berkata, keluarga, teman-teman dan Tuhan sentiasa menemaninya ke mana sahaja tempat dituju.

"Di situ saya lihat petanda dan masyarakat rata-rata mereka beri peluang kepada saya saya, sampai mereka tunjukkan rasa sayang pada saya.

"Mereka sekarang sedar apakah kerajaan PH yang baharu ini merupakan kerajaan BN 2.0? Semuanya sama, tak ada yang berbeza. Adakah saya seorang, tanpa jentera yang lain-lain, apakah kekurangan saya? Padahal mereka merasa alam ini dapat melompat dengan sepasang kakinya berbanding dengan calon-calon lain yang penuh dengan jentera," katanya ketika Wacana Sinar Harian ke-72 bertajuk Port Dickson Pasca PRK: Apa Harapan Rakyat?, di sini, hari ini.

Seck Yan berkata, walaupun bergerak sendiri, rakyat dilihat sedia membantunya dan memberikan keyakinan undi terhadapnya kerana mereka dapat melihat sendiri usaha dilakukan.

"Mereka juga sedia memberi undi kepada saya kerana mereka dapat melihat sekiranya negara hendak memacu ke arah yang lebih dominan, mereka boleh memilih kepada calon Bebas.

"Walaupun seorang, tetapi kalau keberkesanannya di situ, mengapa tidak (saya dipilih)?,"

Beliau berkata, rakyat semakin muak dengan parti-parti politik yang didakwa hanya mengembangkan politik perkauman dan memecahbelahkan masyarakat.

"Masyarakat kali ini adalah masyarakat kurun ke-21 yang celik. Mereka sentiasa solat dan berdoa memohon Tuhan memberikan petunjuk siapakah yang mereka harus pilih.

"Maka mereka dapat melihat dengan sendirinya. Jawapannya sudah di situ, kenapa insan ini tak harus diberi peluang walaupun seorang, tetapi kalau niatnya dan hatinya di situ, haruslah orang itu dijadikan pemimpin masyarakat," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment