Pemandu bas maut nahas tiga kenderaan

Friday, October 12, 2018

Pemandu bas maut nahas tiga kenderaan

Pemandu bas maut nahas tiga kenderaan

GERIK - Seorang pemandu bas maut, dua cedera dan 34 yang lain selamat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Gerik-Jeli, berhampiran Bukit Jala di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu membabitkan bas yang dalam perjalanan ke Kelantan, sebuah lori bermuatan habuk kayu dan treler bermuatan gelung besi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 12.49 tengah malam.

“Pemandu bas berusia 37 tahun tersepit di tempat duduknya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Penumpang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki, kelindan lori cedera telah dikejarkan ke Hospital Gerik untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, 31 penumpang bas, dua pemandu lori dan treler serta seorang kelindan lain terselamat.

“Anggota meneruskan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit selain membuat pemeriksaan terhadap penumpang lain.

“Bagaimanapun mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki bas yang disediakan. Operasi tamat pada jam 3.30 pagi,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment