Tawaran pinjaman Jepun buat selesaikan hutang negara

Friday, October 12, 2018

Tawaran pinjaman Jepun buat selesaikan hutang negara

Tawaran pinjaman Jepun buat selesaikan hutang negara

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan kerajaan kini sedang melihat sama ada tawaran pinjaman kerajaan Jepun boleh dipertimbangkan sekiranya kadar faedah jauh lebih rendah.

Azmin berkata, perbincangan lanjut telah dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dan juga kerajaan Jepun dalam soal pinjaman bagi mengatasi bebanan hutang dari di bawah pentadbiran lama sebelum ini.

Menurutnya, Dasar Pandang ke Timur 2.0 telah dihidupkan semula dan diberikan nafas baharu dalam kepimpinan Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Dasar ini antaranya adalah bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi antara Jepun dan Malaysia…. melalui pemindahan teknologi, latihan kemahiran dan juga kredit yen antara yang dibincangkan baru-baru ini.  

“Oleh kerana hutang negara, kadar faedah yang dikenakan sebelum ini agak tinggi. Apakah mungkin kerajaan Jepun boleh membantu kita memberi pinjaman dengan kadar faedah lebih rendah,” katanya selepas ditemui sempena Bicara Minda bertajuk "Ekonomi: Kesejahteraan untuk semua", di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pinjaman yen kurang kos hutang: PM]

Pada 23 Julai lalu, Dr Mahathir menyatakan pinjaman kewangan daripada Jepun dapat mengurangkan kos hutang yang ditanggung kerajaan ketika ini.

Menurutnya, pinjaman itu dapat mengurangkan 'high cost of money' kerana kadar faedah hutang yang diambil kerajaan dahulu terlalu tinggi iaitu enam peratus.

“Goldman Sachs pula diberi komisen 10 peratus daripada jumlah hutang. Ini bermakna kerajaan dahulu hanya mendapat 90 peratus daripada wang yang dihutang tetapi bayar faedah 100 peratus,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment