Misi kemanusiaan Palu Johor berlepas minggu hadapan

Saturday, October 13, 2018

Misi kemanusiaan Palu Johor berlepas minggu hadapan

Misi kemanusiaan Palu Johor berlepas minggu hadapan

JOHOR BAHRU - Misi kemanusiaan kerajaan negeri untuk membantu mangsa gempa dan tsunami di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia dijangka berlepas minggu hadapan.

Ketua delegasinya merangkap Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahrudin Jamal berkata, surat kebenaran untuk melaksanakan misi itu telah dihantar ke Kerajaan Indonesia dan sedang menunggu pengesahan.

“Kita sedang mendapatkan kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan kedutaan Indonesia. Kemungkinan kita akan berangkat ke sana minggu hadapan.

“Kita pergi pun tidak ramai, kemungkinan dalam enam orang termasuk penglibatan sukarelawan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Tani Dun Permas Jaya di Kompleks Pasar Tani Kekal Permas, di sini, hari ini.

Sahrudin berkata, peruntukan RM315,000 yang dikeluarkan untuk misi berkenaan akan diberikan secara tunai kerana berpendapat saluran itu lebih mudah.

“Kita fikir untuk barangan ia agak susah untuk di bawa ke sana, jadi peruntukan ini kita berikan secara tunai. Biar mereka sendiri tentukan apa yang diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai karnival tani berkenaan, beliau berkata, objektif utamanya adalah untuk mengetengahkan produk asas tani kepada masyarakat sekitar selain memperkenalkan fasiliti pasar dengan struktur kekal tersebut.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment