'Siasat juga Husam'
MARANG - Pas nafi menerima wang daripada Umno dikaitkan dengan dana 1MDB meskipun terbuka terhadap mana-mana pihak yang mahu menderma kepada parti
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu adalah fitnah seperti telah dijelaskan sebelum ini dan Pas serta pemimpin parti bersikap terbuka untuk disiasat.
"Saya sudah jawab acap kali tentang isu dana ini dan saya sudah sebut berapa kali Pas terbuka untuk disiasat oleh Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Termasuklah menteri-menteri besar kita dan exco kita disiasat jika ada salah laku. Kita mahu parti kita ini bersih dengan pimpinan kita. Kita sanggup disiasat.
"Kita harap siasat juga Husam yang buat kenyataan itu, apa dia buat semasa dia jadi exco. SPRM perlu siasat juga dia. Kita terbuka," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dewan Tok Guru, hari ini.
Sebelum ini, Pemuda Amanah Terengganu membuat laporan polis pada Ahad lalu mendesak siasatan segera selepas tersebarnya salinan transaksi pemindahan wang itu.
Pada masa sama, Pengerusi Harapan Kelantan, Husam Musa meminta polis turut menyiasat dakwaan beliau mengenai penyaluran wang berjumlah lebih RM90 juta kepada pemimpin Pas seperti didedahkan sebelum ini.
Mengulas lanjut, Hadi berkata, sejak sekian lama parti itu mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu menderma kepada parti melalui saluran yang telah ditetapkan.
"Kita mempunyai sikap yang terbuka terhadap siapa yang mahu memberi derma kepada kita. Bila orang mari derma, kita tak tanya awak ni Umno ke Pas.
"Macam orang meniaga, bila orang berniaga jual gula, bila orang bayar tak wajib tanya duit ambil di mana. Awak rompak duit orang ke beli gula ni? Islam tak suruh sampai begitu.
"Jadi kita buka akaun, tulis nombor akaun, orang masukkan dalam akaun. Kita tak siasat dia siapa. Bahkan orang bukan Islam datang beri derma sampai lima, enam ribu," katanya.
sumber:
0 comments:
Post a Comment