Dua bebas tuduhan tembak Hery Gunung

Thursday, October 11, 2018

Dua bebas tuduhan tembak Hery Gunung

Dua bebas tuduhan tembak Hery Gunung

KOTA BHARU - Dua sahabat dibebaskan mahkamah sesyen hari ini dari tuduhan melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki dikenali sebagai Hery Gunong.

Keputusan dibuat Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin terhadap Mohd Pazrol Che Omar,35, dan Muhammad Khaizul Wan Ahmad, 31, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Ahmad Bazli dalam keputusan itu melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu dipanggil membela diri.

Sebelum ini, mereka didakwa bersama seorang yang masih bebas melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Aierierullah Mat Atan, 26, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Permatang Pasir, Bachok, antara 1.30 hari hingga 3.35 petang, 22 April tahun lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Kedua-dua diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed.

Aierierullah atau Hery Gunong turut mempunyai rekod jenayah termasuk pernah dihukum penjara tujuh tahun kerana kesalahan rompak.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment