Dua penunggang motosikal maut di Kinabatangan

Friday, October 12, 2018

Dua penunggang motosikal maut di Kinabatangan

Dua penunggang motosikal maut di Kinabatangan

KINABATANGAN -  Dua penunggang motosikal maut dan seorang pembonceng parah selepas dua motosikal bertembung di Km135 Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini semalam.

Ketua Polis Kinabatangan, Superintendan A.Sahak Rahmat berkata, nahas berlaku kira-kira 7 malam apabila sebuah daripada motosikal berkenaan hilang kawalan dan memasuki  laluan bertentangan  sebelum bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Ladang Tye ke Lahad Datu  hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh motosikal yang dinaiki lelaki berusia 24 tahun serta pembonceng berusia 20 tahun.

Akibat pertembungan terbabit, kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian sementara pembonceng yang cedera parah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dirawat, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disiasat menurut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

  



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment