Dina Powell antara calon ganti Haley di PBB : Trump

Wednesday, October 10, 2018

Dina Powell antara calon ganti Haley di PBB : Trump

Dina Powell antara calon ganti Haley di PBB : Trump

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Donald Trump berkata, beliau ada bercakap dengan eksekutif Goldman Sachs, Dina Powell untuk kemungkinan menggantikan Nikki Haley sebagai duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Trump berkata, beliau menyukai Powell, namun bekas penasihatnya itu hanya salah seorang daripada ramai calon yang dipertimbangkan untuk jawatan di PBB itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Nikki Haley letak jawatan ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Haley nafi cabar Trump pada pilihan raya 2020 ]

Powell berkhidmat ketika tahun pertama pentadbiran Trump sebagai timbalan penasihat keselamatan nasional untuk strategi dan menjadi individu penting dalam usaha diplomatik di Asia Barat.

Tahun ini, Powell kembali bersama Goldman Sachs di mana beliau pernah berkhidmat selama lebih sedekad, sebelum ini.

Selasa lalu, Haley mengumumkan peletakan jawatan, namun akan meneruskan khidmat di PBB sehingga akhir tahun ini. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment