Diskusi Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan diperluas

Thursday, October 11, 2018

Diskusi Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan diperluas

Diskusi Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan diperluas

MACHANG - Program Diskusi Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan disebarluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), badan bukan kerajaan (NGO), komuniti dan belia-belia tidak berpersatuan dalam usaha meningkatkan kefahaman masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, program tersebut mula dilaksanakan sejak empat tahun lalu melibatkan penyertaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menurutnya, program tersebut berjaya memberikan impak yang mendalam seterusnya mengajak golongan muda memahami dua perkara penting itu secara lebih terperinci.

"Program ini telah diadakan di lebih 15 IPTA dengan melibatkan lebih 10,000 penyertaan mahasiswa dan kami menerima permintaan yang tinggi daripada IPTS untuk sama-sama menjayakannya.

"Mereka minta program ini diadakan di tempat mereka dan kami mengalu-alukannya. Melalui program ini anak muda akan menelaah, menyelidik, memahami dan berkongsi tentang demokrasi berparlimen dan raja perlembagaan yang diamalkan di negara kita secara mendalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, semalam.

Program tersebut dijayakan lebih 1,000 pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (USM), UiTM Kelantan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu.

Hadir sama, Rektor UiTM Kelantan, Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan dan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff sebagai pakar rujuk.

Ibrahim berkata, generasi muda perlu diberi penerangan yang jelas supaya tiada lagi suara-suara sumbang yang cuba mempertikaikan institusi raja berperlembagaan sebagaimana yang berlaku sebelum ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment