Mangsa Michael meningkat

Friday, October 12, 2018

Mangsa Michael meningkat

Di Pantai Mexico, rumah-rumah telah ‘dihempas’ dengan ombak besar yang dibawa oleh taufan berkenaan, banyak bot terbalik dan jalan raya dipenuhi dengan pokok tumbang serta kabel elektrik.

Gabenor Florida, Rick Scott berkata, taufan terbabit telah mencetuskan 'kemusnahan yang sukar digambarkan'.

Beliau berkata: "Banyak kehidupan berubah untuk selama-lamanya, banyak keluarga yang hilang segala-galanya."

Scott berkata, pihaknya ketika ini mengutamakan usaha mencari mang­sa dalam kalangan penduduk tempatan yang gagal untuk berpindah ke tempat selamat.

“Saya begitu bimbang tentang nasib penduduk yang tidak berpindah dan saya cuma berharap tidak ramai yang ter­korban,” kata Scott kepada agensi berita ABC.

Sementara itu, Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan 2,000 tentera Pengawal Kebangsaan Florida terlibat dalam operasi pemulihan.

Setakat ini, mangsa-mang­sa yang disahkan terkorban adalah di Gadsden County, Florida, di Georgia, Carolina Utara dan Virginia.

Pihak berkuasa Florida berkata, lebih 400,000 rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik dan Scott telah mengarahkan hampir 20,000 pekerja utiliti untuk memulihkan bekalan elektrik.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump berikrar untuk membantu mangsa taufan ter­ba­bit.– AFP



sumber:
sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment