Ahmad Zahid beri keterangan lagi

Wednesday, October 10, 2018

Ahmad Zahid beri keterangan lagi

Ahmad Zahid beri keterangan lagi

PUTRAJAYA - Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu minggu lalu.

Dengan berpakaian baju batik hijau, Zahid tiba kira-kira 9.15 pagi. Anak perempuannya Nurul Hidayah tiba 10 minit kemudian dengan menaiki kereta lain.

Ahmad Zahid kembali lagi ke SPRM bagi kali keempat bagi direkod keterangannya mengenai dana Yayasan Akal Budi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment