'Saiful tiada sebarang sokongan undi' - IDE

Thursday, October 11, 2018

'Saiful tiada sebarang sokongan undi' - IDE

'Saiful tiada sebarang sokongan undi' - IDE

PORT DICKSON - Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) bagi PRK Port Dickson mendapati calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mendapat sebarang sokongan undi biar pun dilihat calon itu antara yang mendapat liputan meluas.

Ketua Eksekutif IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata kaji selidik telah dijalankan terhadap lebih 1,000 orang di semua kawasan di Port Dickson.

Menurutnya, namun tiada seorang pun menyatakan sokongan mereka terhadap Mohd Saiful.

"Kaji selidik kita dah buat. Tiada kita jumpa kata sokong beliau. Ada juga yang kata pasal Tan Sri Isa Samad dan calon Bebas lain tapi tiada nama Mohd Saiful.

"Sebelum ini timbul tentang gambaran dan liputan meluas media terhadap Mohd Saiful, jika orang luar tidak datang dan membuat survey, akan timbul soalan Saiful akan menang," katanya ketika membentangkan laporan kaji selidik di Bilik Gerakan Utama (BGU) PH, di sini, hari ini.

Sebaliknya, selepas kaji selidik ini dibuat, soal kemenangan calon Bebas itu tidak timbul.

Selain itu, mengulas tentang Pas pula, parti itu dilihat menyasarkan kawasan orang Melayu iaitu di Dun Linggi dan Dun Bagan Pinang yang sebelum ini dimenangi calon BN sekali gus menggoyahkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

"Apa yang boleh dijelaskan, pengundi di situ jelas tidak mengundi Pas. Tetapi akan mengundi Isa atau kecenderungan pengundi tidak keluar mengundi.

"Jadi strategi calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah melakukan personal touch kepada pengundi BN untuk menggalakkan mereka keluar mengundi atas faktor sentimental. Jika pengundi ini ubah haluan, kecenderungan mereka lebih kepada PH berbanding Bebas," katanya.

Mohammad Redzuan berkata, antara faktor utama mempengaruhi pengundi untuk keluar mengundi adalah pencalonan Anwar sebagai perdana menteri kelapan.

Jelasnya, kaji selidik pada hari penamaan mendapati 40 peratus adalah kerana pencalonan itu selain faktor Malaysia Baharu, kepimpinan PH dan lain-lain.

"Berdasarkan kaji selidik akhir pada Isnin dan Selasa lalu mendapati, Anwar menerima 74 peratus, calon Pas Mohd Nazari Mokhtar dengan 11 peratus, Isa (10 peratus), Stevie Chan (1 peratus), Lau Seck Yan (1 peratus), Kang Chee Yuen (1 peratus) dan dua peratus adalah pengundi atas pagar," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment