Kami syukur dia menang lagi
IBU dan bapa jaguh lompat jauh paralimpik dunia, Abdul Latif Romly terkejut dan gembira kerana anak mereka mengulangi kejayaan di Sukan Para Limpik Rio 2016 dengan memenangi pingat emas pada temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Selasa lalu.
Bapa jaguh itu, Romly Mat, 67, dan ibunya Sarimah Yatin, 61, berkata mereka terkejut dan tidak menyangka Abdul Latif mampu merangkul pingat emas pada kejohanan dwitahunan itu meskipun sebelum ini beliau cedera di buku lali.
“Saya diberitahu oleh kakak Abdul Latif, Siti Aminah yang pulang ke rumah pada malam hari Selasa, beberapa jam selepas Abdul Latif memecahkan rekod dunia acara lompat jauh lelaki (T20). Isteri saya begitu terkejut,†kata Romly kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, di sini hari ini.
Sarimah berkata, Abdul Latif sebenarnya cedera di buku lali sebelum pergi ke Jakarta.
“Jurulatih dah bagi tahu tak boleh urut kerana bimbang akan bentan (bengkak). Kami syukur dia menang lagi. Sebak juga dapat tahu yang dia pecahkan rekod kejohanan,†kata Sarimah.
Sarimah berkata, beliau, suami dan seorang menantu mereka akan menaiki kereta ke Kuala Lumpur malam ini untuk menyambut kepulangan Abdul Latif yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Ahad ini.
“Abdul Latif anak bongsu dari tujuh beradik meminta kami (saya dan suami) mendoakan beliau mencapai kejayaan cemerlang sebelum berlepas ke Jakarta. Saya bersyukur ALLAH makbulkan hajat beliau,†kata Sarimah.
Abdul Latif anak jati Perlis, melakukan lompatan sejauh 7.64 meter sekali gus memadam rekod terdahulu miliknya, 7.60 meter yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil. - Bernama
sumber:
0 comments:
Post a Comment