Tergamak sewakan anak kepada pencuri

Thursday, October 11, 2018

Tergamak sewakan anak kepada pencuri

Tergamak sewakan anak kepada pencuri

HUNAN - CHINA. Seorang bapa di China kehilangan hak jagaan terhadap enam anaknya apabila dia didapati sering mendera serta mengikat mereka, malah lelaki berkenaan tergamak menyewakan anaknya kepada kumpulan pencuri demi mendapatkan wang.

Liu Mingju yang bekerja sebagai buruh di daerah Shangcheng di wilayah Hunan, terpaksa menjaga enam anak yang berusia antara satu hingga 15 tahun seorang diri selepas isterinya mengalami masalah mental.

Bagaimanapun, Mingju yang juga seorang bekas tentera dilaporkan melayan empat anak lelaki dan dua anak perempuannya itu dengan teruk termasuk mengikat mereka di katil.

Dalam satu wawancara dengan pearvideo.com Mingju berkata, dia mengikat anaknya yang masih kecil di katil demi menjaga keselamatan mereka ketika dia keluar bekerja.

“Saya bekerja di tapak pembinaan, menggali perigi dan parit. Saya mempunyai banyak peralatan besi yang bersepah-sepah di rumah,” katanya.

Mingju turut mengaku pernah menyewakan anaknya kepada kumpulan pencuri dengan harga 5,000 yuan (RM3,006) setahun.

“Kumpulan ini memilih untuk menyewa kanak-kanak kerana pengawal keselamatan kurang memberi perhatian kepada mereka yang membawa anak, ia memudahkan mereka untuk menjalankan kegiatan mencuri,” katanya.

Salah seorang anak Mingju memberitahu, bapanya sering memukulnya serta adik beradik yang lain tanpa belas kasihan.

Mereka juga sering tidur di jalanan dan hanya diberi makan mi segera.

Derita enam beradik itu berakhir selepas jiran melaporkan tindakan Mingju kepada pihak berkuasa.

Mingju bagaimanapun, dibebaskan selepas hanya 10 hari ditahan dan diberi kebenaran untuk menjaga isterinya.

Dalam pada itu, mahkamah di Shangcheng memutuskan Mingju tidak layak untuk menjaga anak- anaknya, lima dari kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan rumah anak yatim, sementara anak sulung Mingju diarahkan tinggal bersama datuk dan neneknya. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment