Bersatu perlu permudahkan pendaftaran keahlian baharu

Friday, October 12, 2018

Bersatu perlu permudahkan pendaftaran keahlian baharu

Bersatu perlu permudahkan pendaftaran keahlian baharu

SHAH ALAM - Bersatu digesa supaya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mempermudahkan pendaftaran ahli baharu yang berminat untuk menyertai parti itu.

Demikian pandangan seorang profesional, Mohammad Hamidi Che Wok yang merasakan pendaftaran keahlian baharu ketika ini dilihat sukar kerana wujudnya kengkangan tertentu khususnya di peringkat bahagian.

Katanya, ramai rakan-rakannya yang dari golongan profesional berminat untuk menyertai Bersatu dan yakin dengan perjuangan parti itu yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden.

"Ramai yang ingin bersama-sama dengan Bersatu dan yakin dengan perjuangan parti. Cuma kita harapkan proses keahlian baharu dapat dipermudahkan," katanya.

Mohammad Hamidi berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Abu Bakar Yahya, di sini hari ini.

Pandangan yang sama turut dinyatakan Saifuzzaman Ab. Rahman yang mana beliau menyokong prinsip perjuangan Bersatu sebagai sebuah parti yang benar-benar membela agama, bangsa dan tanah air.

Beliau yang juga seorang Peguam sudah tiba masanya rakyat khususnya orang Melayu kembali kepada landasan perjuangan sebenar sekaligus membawa perubahan baru kepada masyrakat dan negara secara keluruhannya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment