Malaysia tambah dua emas lagi

Wednesday, October 10, 2018

Malaysia tambah dua emas lagi


Paling mencuri tumpuan ialah juara Paralimpik Rio, Ridzuan Puzi yang menambah satu lagi koleksi emas peribadinya menerusi acara 400 meter (m) T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 59.36 saat (s).

Pingat perak dimenangi atlet Oman, Al Harrasi Taha Abdullah Rashid (59.75s) manakala gangsa milik Kahrizi Farhad dari Iran (1:00.39s).

Skuad pingpong turut menyumbang satu emas menerusi beregu kategori TT8-9 (kecacatan anggota badan), Chee Chao Ming dan Ting Ing Hock yang menewaskan pasangan Indonesia, Prahasta Mohamad Rian-Kusnanto Kusnanto 11-7, 8-11, 11-6 dalam perlawanan akhir.

Dua emas dimenangi hari ini membantu Malaysia menduduki tempat kelapan kedudukan keseluruhan selepas mengutip sembilan emas, 12 perak dan 17 gangsa.

Kntinjen negara menyasarkan 15 pingat emas untuk menyamai pencapaian dilakukan dalam Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Temasya di Jakarta bermula pada 6 Oktober lalu dan akan berakhir pada 13 Oktober ini.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment