Fuziah undur dari jawatankuasa kaji operasi Lynas
KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengumumkan dirinya tidak lagi mengetuai jawatankuasa mengkaji semula aspek penetapan syarat dan operasi kilang memproses nadir bumi oleh Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini.
Keputusan drastik itu dilakukan selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan telah pun memaklumkan keputusan itu kepada Kabinet, Selasa lalu.
“Secara peribadi saya…jika saya berada dalam jawatankuasa itu saya tidak boleh beri komen kepada media dan orang awam.Secara peribadi saya tidak mahu Lynas gunakan saya untuk alihkan isu ini (sisa pembuangan radioaktif)
“Mudah untuk saya membuat komen selepas ini bila saya bukan lagi pengerusi jawatankuasa berkenaan kerana jika berada di dalam saya tidak boleh cakap, mereka akan persoalkan saya nanti.. saya tetap akan lawan daripada luar,†katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Karnival Usahawan Asnaf Negeri Pahang, di sini, hari ini.
Jawatankuasa yang ditubuhkan pada September lalu turut dianggotai Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack.
Fuziah yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, tindakannya menarik diri itu juga bagi mengelakkan peranannya dipersoal jika timbul perkara berbangkit selain lebih selesa menyuarakan sebarang permasalahan sebagai wakil rakyat.
Ditanya siapa yang akan menggantikannya bagi jawatankuasa itu, beliau berkata, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perhimpunan aman oleh lebih 1,000 pekerja Lynas dan anggota keluarga mereka, Sabtu lalu, Fuziah berkata, pengurusan Lynas tidak membincangkan secara telus mengenai nasib 600 ribu penduduk di daerah ini
Tambahnya, pengurusan dari Australia itu hanya memaklumkan syarikat mereka selamat dan beroperasi dalam kadar radioaktif rendah namun tidak membincangkan soal sisa buangan radioaktif.
“Saya cabar mereka (Lynas) jika mereka kata ia selamat (sisa buangan radioaktif) hantar semula ke Australia.
“Sekarang ini kita bercakap soal sisa buangan radioaktif bukan kadar radioaktif rendah...sepatutnya sisa itu tidak berada di Kawatan Perindustrian Gebeng,†katanya.
Beliau turut mendakwa, terdapat lebih satu juta tan metrik sisa buangan berjadual di Kilang Lynas pada masa kini.
"Mengenai hasil kajian daripada jawatankuasa itu nanti, ia akan diumumkan oleh menteri yang berkaitan (Bee Yin)," katanya.
sumber: sinar
0 comments:
Post a Comment