Baru-baru ini, personaliti fesyen, Wak Doyok ada memuat naik video di Instagram menunjukkan proses pembinaan rumah ibunya yang dulu hanya rumah kayu buruk, kini bertukar menjadi rumah banglo.

Menerusi video tersebut, turut disertakan kepsyen dimana Wak Doyok meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya yang kini berusia 76 tahun sudah pun tercapai.