Sesuaikah cukai karbon di negara ini?
SHAH ALAM - Kerajaan perlu membuat kajian lebih mendalam sekiranya mengambil langkah perlaksanaan cukai karbon di negara ini.
Pegawai penyelidik, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Chakrin Utit berkata, Profesor Joseph E Stiglitz pada Forum Khazanah Megatrends 2018 baru-baru ini ada mencadangkan kepada kerajaan untuk menggunakan instrumen percukaian sebagai satu kaedah dalam menangani bebanan hutang negara.
Menurutnya, profesor berkenaan mengetengahkan beberapa cukai baharu boleh diperkenalkan di Malaysia termasuklah cukai karbon.
“Sehingga 2018, sejumlah 45 negara dan 25 bandar di seluruh dunia melaksanakan sistem percukaian ini. Kebanyakkan negara melaksanakan cukai karbon adalah negara-negara mencapai status negara maju.
“Jika cukai karbon ini ingin diperkenalkan di Malaysia, dua persoalan perlu dirungkai terlebih dahulu ialah adakah ianya sesuai dilaksanakan dalam konteks ekonomi semasa dan sejauhmana perlaksanaanya memberi impak kepada rakyat,†katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Chakrin berkata, Bank Dunia menakrifkan cukai karbon sebagai langkah penetapan harga untuk sebarang aktiviti yang melepaskan gas rumah hijau, terutamanya karbon dioksida.
Menurutnya, penetapan harga dilakukan untuk mengurangkan pelepasan gas tersebut dan memacu aktiviti pelaburan hijau.
“Kajian dibuat di negara-negara pelaksanaan cukai karbon menunjukkan cukai ini meningkatkan kos pengeluaran.
“Walaupun cukai cuma dikenakan terhadap industri yang banyak menggunakan bahan api, namun impak ke atas ekonomi secara keseluruhannya masih berlaku disebabkan oleh kesan rantaian bekalan di antara industri-industri,†katanya.
Chakrin berkata, perkara yang lebih membimbangkan adalah apabila pihak industri menterjemahkan kenaikan dalam kos pengeluaran kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.
“Hal ini sekali gus akan mempengaruhi kualiti hidup rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah,†katanya
Menurutnya, bagi mengurangkan impak kepada kumpulan berpendapatan rendah, kerajaan perlu memperuntukkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai karbon untuk disalurkan semula sebagai skim bantuan sara hidup bagi meringankan beban mereka.
“Dari sudut alam sekitar, cukai karbon dilihat sebagai langkah yang berkesan untuk mengurangkan impak negatif daripada aktiviti ekonomi.
“Melalui hasil kutipan cukai tersebut, sebahagian daripadanya akan dapat digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan hutang negara. Di samping itu, hasil kutipan juga boleh digunakan untuk program pemuliharaan alam sekitar,†katanya.
Menurutnya, cadangan pelaksanaan cukai karbon di Malaysia perlu dikaji sedalamnya dan merangkumi setiap aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan kena cari dana lain bayar hutang, kata Tun M]
Selasa lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kerajaan perlu mencari sumber dana lain untuk membayar hutangnya, termasuk mengenakan cukai baharu dan menjual beberapa asetnya.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata rejim cukai baharu berbeza daripada cukai jualan dan perkhidmatan semasa serta tidak membebankan rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mtem saran kerajaan wujudkan cukai berunsur positif]
Semalam, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem) berharap kerajaan memperkenal cukai-cukai yang berunsur baik dan wajar seperti cukai warisan, cukai kekayaan, cukai keuntungan modal dan cukai karbon.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Yazid Othman berkata cukai-cukai tersebut bukan sahaja menambah wang, bahkan mampu menjana perbelanjaan dan pelaburan negara.
sumber:
0 comments:
Post a Comment