Premis jual laksa kebok diperiksa lagi

Wednesday, October 10, 2018

Premis jual laksa kebok diperiksa lagi

Premis jual laksa kebok diperiksa lagi

BALING - Jabatan Kesihatan Daerah Baling sekali lagi tampil membuat pemeriksaan di premis pemprosesan laksa kebok di Kampung Sri Landak, di sini, hari ini.

Pengusahanya, Daud Ramli, 51, berkata, sebanyak empat kali pemeriksaan ke atas premisnya dilakukan bermula Ahad lalu termasuk sekali keterangan diambil.

“Hari ini lebih kurang 10 orang depa ambil benda sama iaitu tepung beras, gandum, minyak dan ikan selayang. Petugas yang datang ada nafi pernah ambil sampel ikan bila disoal,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan berterusan mengambil sampel seolah-olah cuba meletakkan kesalahan kepada laksa dijualnya dan kenyataan kementerian yang mengelirukan memberi gambaran buruk kepada perniagaannya.

“Kami juga mungkin akan ambil tindakan saman kepada Kementerian Kesihatan kerana kenyataan disiarkan seolah-olah sudah tahu keputusan laksa  beracun. Sedangkan keputusan makmal belum keluar, tunggu di akhirat jika benda ini tidak diadili dengan baik.

“Setiap bukti disiarkan media kami simpan untuk tindakan selanjutnya. Jika kenyataan KKM mengaitkan sejarah membeli laksa boleh diterima, tetapi ini terus cop laksa beracun,” katanya.

Daud berkata, namun dia akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak jabatan bagi menyiasat punca sebenar kejadian.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment