19 kes baharu keracunan makanan

Thursday, October 11, 2018

19 kes baharu keracunan makanan


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 80 dan kekal dua kematian seperti direkodkan.

Dalam masa sama kata beliau, sembilan kes masih berada di hospital dan semua berada dalam keadaan stabil.

“Pertambahan itu adalah 15 kes di Perak, Selangor (tiga kes) dan Kedah (satu kes) yang dilaporkan mengalami gejala yang sama.

“Setakat ini, sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tegas Dr. Noor Hisham, punca kejadian keracunan makanan tersebut masih dalam siasatan dan Kementerian Kesihatan masih menunggu hasil sepenuhnya ujian-ujian yang dibuat. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment