Bila berahi bertukar berang

Friday, October 12, 2018

Bila berahi bertukar berang

Bila berahi bertukar berang

NEW DELHI - INDIA. Gara-gara keinginan seksnya tidak dipenuhi, seorang wanita tergamak membakar alat sulit remaja lelaki berusia 13 tahun dengan penyepit panas.

Wanita berumur lewat 20-an yang sudah berkahwin dari perkampungan Chapraula, pinggir New Delhi itu dilaporkan mengajak mangsa ke rumahnya dan menggodanya ketika dia bersendirian.

Menurut ibu remaja tersebut, wanita itu pernah cuba beberapa kali mahu mengadakan hubungan intim dengan anaknya.

Selepas insiden itu dilaporkan kepada polis, wanita terbabit dilaporkan terus melarikan diri.

Susulan itu, dia berdepan beberapa dakwaan termasuk mencederakan dengan senjata dan menculik.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan ke atas kes tersebut  dan kelewatan tindak balas didakwa berpunca daripada beberapa soalan yang gagal dijawab. - Daily Mail



sumber:
sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment