Kongsi pengalaman isu pentadbiran sukan profesional

Wednesday, October 10, 2018

Kongsi pengalaman isu pentadbiran sukan profesional

Kongsi pengalaman isu pentadbiran sukan profesional

JOHOR BAHRU â€" Seminar Pentadbir Sukan di sini Jumaat ini dijangka memberi ruang kepada beberapa tokoh sukan  terkemuka untuk mengetengahkan pandangan mereka tentang pentadbiran sukan secara profesional.

Seminar anjuran Persatuan Hoki Johor (JHA) yang diadakan sempena kejohanan Piala Sultan Johor Kelapan itu akan menampilkan tokoh sukan seperti Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asia Datuk Windsor Paul dan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolsepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam untuk berkongsi pengalaman mereka tentang pentadbiran dan pemasaran dengan peserta forum berkenaan.

Sementara itu, antara penceramah yang bersetuju membentangkan kertas kerja pada seminar itu ialah Datuk Sieh Kok Chi (Majlis Olimpik Malaysia), Dr Vella Pandian ( Ketua Program Podium Institut Sukan Negara) dan K. Maheswari (bekas ketua pasukan hoki dan naib presiden Persatuan Hoki Wilayah Persekutuan).

Penceramah lain ialah Dr Nadhratul Wardah Salman daripada Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan Ketua Cawangan Kerjaya dan Pendidikan Atlet, Majlis Sukan Negara Mohd Safwan Mohd Radzi.

Dalam kenyataan di sini hari ini, JHA berkata kesemua 16 persatuan hoki masing-masing diundang menghantar seorang wakil ke seminar itu, dengan tambang dan penginapan ditanggung JHA, manakala undangan bagi menyertai seminar itu juga dihantar kepada semua persatuan hoki daerah di Johor.

“Kami berterima kasih kepada penceramah berkenaan atas kesudian mereka membentangkan kertas kerja pada seminar ini.

“Malangnya banyak negeri tidak memberi respons dan bagi saya, ia suatu kerugian kerana seminar ini akan mengetengahkan pendapat tentang pentadbiran secara profesional,” kata Pemangku Presiden JHA Datuk Manjit Majid Abdullah.

Menurut kenyataan itu, mereka yang berminat menyertai seminar berkenaan boleh menghubungi Naib Presiden JHA Ir Azhar melalui talian +60 12-707 2774.

Perasmian seminar itu akan disempurnakan Setiausaha Agung majlis Olimpik Malaysia (MOM)  Datuk  Mohamad Nazifuddin.- Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment