Umno parti kecil dalam Parlimen?
SEHINGGA rencana ini ditulis, dua ahli Parlimen Umno telah keluar dari parti itu, Datuk Seri Mustafa Mohamad dan Datuk Seri Anifah Aman setelah merasakan Umno sudah tidak sehati sejiwa dengan perjuangan mereka.
Sehingga rencana ditulis, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah pula kisahnya?
Kenyataan Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa bagaikan panah yang mengena sasaran.
Mustapa dalam kenyataannya berkata, "hala tuju Umno pada masa kini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini".
Tambahnya lagi âtidak banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti sudah bermula".
Mustapa berkata lagi bahawa Umno selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputra semata-mata untuk terus relevan.
âUmno mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputra dan Islam, namun tanpa sesekali mengetepikan kepentingan kaum dan agama lain".
Kenyataan ini yang tepat kepada jantung hati Umno bahawa Umno kini menjadi sebuah parti kecil. Kerjasama Umno dengan Pas sekadar menjadi Umno sebagai parti untuk golongan Melayu yang skop atau pandangan dunianya yang sempit.
Bahkan pendirian Pas lebih terbuka sebagai parti Islam tidak membataskan dirinya kepada bukan Melayu dengan syarat mereka beragama Islam.
Bayangkan apakah agenda Umno sekarang, memperjuangkan agenda Melayu yang sempit dan tidak melihat perjuangan umat Melayu sebagai asas ketamadunan.
Sejak menjadi pembangkang Umno tidak lagi memimpin BN malah meninggalkan rakan-rakan MCA, MIC mahukan Gerakan dalam keadaan terpinga-pinga kehilangan nakhoda.
Bagaimanakah Umno hendak menjadi peneraju masyarakat berbilang kaum atau majmuk bagi sebuah negara bernama Malaysia jika wadah perjuangan Melayunya yang sempit. Umno dalam Parlimen tidak menunjukkan sebuah parti pembangkang yang disegani. Mereka melalak bermain-main dan âmenggorengâ fakta tanpa sebarang hujah konkrit dan bernas.
Kecuali Khairy Jamaluddin, tidak ramai yang boleh berhujah dengan Tony Pua dan Azmin Ali.
Jika Umno merintis jalan untuk bekerjasama dengan Pas ini bermakna Umno menjadi parti kecil umpama kapal besar yang dilanda ombak atau ribut besar dan untuk sampai ke daratan memerlukan beberapa sampan kecil sahaja, kerana Umno sekarang bergantung kepada Pas untuk hidup.
Berapa ramai lagi ahli Parlimen Umno yang akan keluar parti? Umno boleh sahaja berpecah empat.
Pertama, mereka yang ingin berbaik-baik dengan Pas, kedua, ahli Parlimen Umno yang ingin bersama Tun Dr Mahathir dan masuk Bersatu, ketiga ada ahli Parlimen menyertai bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terakhir terdapat juga kalangan ahli Umno yang ingin menyertai Parti Amanah.
Ia akan menjadikan Umno parti kecil yang lemah dan akan menghakis sokongannya serta menjadi pembangkang kecil berbanding dengan Pas dalam Parlimen.
Ini juga berdasarkan kenyataan yang dibuat Naib Presiden Parti Amanah Negara, Senator Datuk Husam Musa dalam Facebooknya bahawa PH perlu membuka laluan kepada ahli Parlimen bukan PH yang boleh dikategorikan positif serentak dengan langkah membanteras mereka yang terbukti merosakkan negara.
Menurut Husam jika PH dapat menggerakkan Konsolidasi Nasional berpaksikan sokongan kepada usaha pembaikan dan membangunkan semula negara yang dibawa oleh kepimpinan Tun Mahathir dan Anwar sekarang, ia akan mengukuhkan negara dan mempercepatkan pemulihan.
* Penulis ialah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Komputeran, Universiti Selangor (Unisel)
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment