Seperti kebiasaan, setiap hari Ahad pelakon Janna Nick akan muncul di kaca televisyen bagi mengacarakan sebuah program hiburan popular. Jika sebelum ini, Janna pernah dikritik netizen kerana memakai seluar terlalu ketat, kali ini bahagian kakinya pula yang menjadi perhatian.

Pandangan mata netizen nampaknya tertumpu kepada betis Janna yang mengenakan midi skirt berwarna hitam. Rata-rata netizen mengatakan betis Janna kelihatan besar berbanding kebiasaannya.


BACA: “Seluar Janna Nick Ketat Sangat, Macam Telanjang”




Tidak kurang juga ada yang berpendapat Janna lebih sesuai memakai seluar panjang longgar berbanding skirt yang menampakkan kakinya. Ada juga yang mengatakan penyanyi Hafiz Suip kelihatan kecil disebabkan kaki Janna.

Ini bukan kali pertama pakaian Janna dikritik oleh netizen. Sebelum ini ada netizen menghentam seluar yang dipakai oleh Janna dilihat terlalu ketat dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Apa pun diharap selepas ini Janna lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian.