Tiga kemalangan maut tak sampai 24 jam

Thursday, September 27, 2018

Tiga kemalangan maut tak sampai 24 jam

Tiga kemalangan maut tak sampai 24 jam

TANAH MERAH - Dalam tempoh tidak sampai 24 jam, tiga kemalangan maut berlaku di dua lokasi di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dan di Jalan Kota-Bharu-Machang-Jeli di sini, malam kelmarin dan pagi tadi.

Dalam kemalangan di Kampung Paloh melibatkan seorang petani Johar Awang, 54, yang menunggang motosikal jenis Demak dan baru sahaja selesai solat di surau bedekatan.

Seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, Mohamad Saidin Hasrah Ismail, 24, dari arah Pasir Mas menghala ke Tanah Merah cedera dalam perjalanan ke stesen minyak di kawasan itu.

Dipercayai, Mohamad Saidin tidak menyedari kehadiran motosikal yang ditunggang Johar berada di hadapannya dan merempuh motosikal itu dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, Johar meninggal dunia ditempat kejadian manakala Mohamad Saidin mengalami kecederaan parah serta tidak sedarkan diri dan di bawa ambulans ke Hospital Tanah Merah (HTM).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam nahas kedua, melibatkan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga dan seorang pemandu kereta jenis Proton Wira di Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli.

Ketika kejadian jam 1.30 pagi, pemandu Proton Wira berkenaan, Muhammad Izzarul Ariff Ibrahim, 20, dalam perjalanan dari Tanah Merah menghala ke Jeli.

Manakala, Ahmad Yusri  Abdul Hadi, 16, menunggang motosikal Yamaha Lagenda dari arah bertentangan.

Ketika tiba di tempat kejadian, pemandu kereta Proton Wira dipercayai hilang kawalan di selekoh dan merempuh masuk ke laluan motosikal serta melanggar pelajar itu dari arah depan.

Akibat rempuhan tersebut kereta dipandu Muhammad Izzarul Ariff terbabas ke garaj rumah yang berada di tepi jalan menghala ke Tanah Merah dan pelajar itu turut diseret bersama motosikalnya.

Ekoran kejadian itu, pelajar berkenaan meninggal dunia di lokasi nahas, manakala pemandu kereta yang cedera parah di bawa ke HTM.

Suzaimi berkata, semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah, Muhammad Izarrul Ariff telah disahkan meninggal dunia di hospital dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment