Tiga bersaudara maut trak pikap terbalik di Pitas
PITAS: Keseronokan tujuh sekeluarga untuk pergi berkelah bertukar tragedi apabila apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Jalan Bangkau-Bangkau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, tiga kanak-kanak berusia di antara 7 dan 10 tahun, maut akibat kecederaan parah setelah tersepit di bawah trak pikap itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata berdasarkan siasatan awal, ketujuh-tujuh mangsa tersebut difahamkan dalam perjalanan menaiki trak pikap Isuzu D-Max menuju ke Pantai Terunggu Pitas untuk berkelah.
"Sebaik tiba di Jalan Bangkau-Bangkau Pitas, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di sebelah kanan jalan.
"Tiga kanak-kanak yang merupakan penumpang di belakang pacuan empat roda itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah akibat tersepit di bawah kenderaan berkenaan," katanya.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang menerima panggilan bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa.
Mohd Izaan berkata empat mangsa yang lain mengalami kecederaan ringan namun disahkan stabil selepas menerima rawatan di hospital terdekat.
sumber: astroawani

"Kejadian ini berlaku apabila mereka yang dari Kampung Pantai Kanibongan sedang dalam perjalanan ke Pantai Terunggu Pitas untuk berkelah.
"Sebaik tiba di Jalan Bangkau-Bangkau Pitas, kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di sebelah kanan jalan.
"Tiga kanak-kanak yang merupakan penumpang di belakang pacuan empat roda itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah akibat tersepit di bawah kenderaan berkenaan," katanya.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang menerima panggilan bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa.
Mohd Izaan berkata empat mangsa yang lain mengalami kecederaan ringan namun disahkan stabil selepas menerima rawatan di hospital terdekat.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment