Tiada penyeludupan migran di Johor
KOTA TINGGI â" Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan Australia Border Force (ABF) tidak mengesan sebarang pergerakan penyeludupan migran dari Asia Barat terutama Afghanistan dan Iran di perairan negeri ini dalam tempoh beberapa tahun ini.
Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris berkata perkembangan itu berikutan pihaknya berterusan mengadakan operasi-operasi bersepadu terutama operasi âRedbackâ yang dijalankan bersama Australia Border Force (ABF) sejak 2011.
âUndang-undang atau peraturan ketat yang dilaksanakan ops ini telah sedikit sebanyak mengurangkan penyeludupan migran ke negara-negara ketiga.
âDulu memang ada kerana mereka menjadikan Malaysia dan Indonesia sebagai negara transit untuk masuk ke negara ketiga, namun sejak beberapa tahun ini, saya diberitahu statistiknya (penahanan migran) telah menurun secara drastik dan anda (wartawan) boleh sahkan ini dengan rakan serantau saya - Australia,â katanya pada majlis perasmian Ops Redback Siri 11/2018 di pejabat Maritim Tanjung Sedili hari ini.
Abu Bakar berkata dengan komitmen jitu semua pihak dari pelbagai negara, pihaknya percaya isu penyeludupan migran ini akan dapat disifarkan pada masa akan datang.
Sementara itu, Pengarah Serantau Asia Tenggara ABF Komander Chris Water berkata input-input yang dipelajari dalam Ops Redback itu berjaya membuka mata kerajaan Malaysia dan Australia berhubung taktik terbaharu digunakan penjenayah dalam melakukan aktiviti penyeludupan migran dan lain-lain.
Katanya, sebagai negara yang berdekatan dengan rantau Asia yang sering menjadi tumpuan buat sindiket penyeludupan migran, Australia amat menitikberatkan soal mempelajari taktik jenayah baharu selain berkongsi maklumat perisikan dengan negara-negara terlibat.
âSaya rasa ia penting untuk kami mengetahui bahawa penyeludupan orang (penyelududpan migran) adalah masalah serantau dan memerlukan penyelesaian serantau.
âTidak ada sesiapa (tiada negara) yang boleh menyelesaikannya kerana sindiket terbabit akan sentiasa ada dan menjadi lebih bijak. Mereka akan mencari apa-apa sumber yang boleh diexploitasikan.
âJadi kita perlu bekerjasama di peringkat serantau dan operasi Redback ini adalah satu contoh baik untuk kita kongsikan pengalaman dan pengetahuan,â katanya.
Operasi Redback bermula 24 hingga 28 September ini, disertai 130 anggota maritim dan melibatkan dua kapal dan lima bot.
ABF pula menghantar tujuh pakar perisikan mereka diketuai Walter untuk melaksanakan operasi. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment