Tiada penularan wabak beguk di Perak

Sunday, September 2, 2018

Tiada penularan wabak beguk di Perak

Tiada penularan wabak beguk di Perak

GOPENG - [DIKEMASKINI] Ibu bapa tidak perlu panik dengan penularan wabak mumps atau beguk yang dikesan di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, sejak Rabu lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini hanya sebuah sekolah di negeri ini yang dijangkiti penyakit berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan bersama pengurusan sekolah telahpun mengambil langkah awal dengan membuat pengasingan pelajar dijangkiti daripada pelajar lain.

"Penyakit ini tidak sukar untuk dikawal dan biasanya hanya sementara sahaja,  pesakit akan pulih dalam tempoh satu atau dua minggu.

"Jadi orang ramai terutama ibu bapa tidak perlu bimbang kerana anak-anak mereka hanya perlukan rehat dan diasingkan buat sementara waktu bagi mengelakkan jangkitan," katanya kepada pemberita, hari ini.

Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan seramai 21 pelajar lelaki sekolah terbabit berusia antara 13 hingga 17 tahun dijangkiti beguk.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gopeng itu meninjau keadaan 39 rumah penduduk di Taman Kinta, Kampung Tersusun Kopisan dan Kampung Pulai yang rosak dilanda ribut.

Hadir sama, Adun Teja, Sandrea Ng Shy Ching.

Boon Chye berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.30 malam, semalam itu menyebabkan kerosakan utama di bahagian bumbung mengakibatkan banyak perabot dan kelengkapan rumah rosak.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment