Lulusan DHU sedia sokong usaha Malaysia jadi hab EEV, hibrid
KUALA LUMPUR â" Cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan projek kereta nasional ketiga adalah amat bertepatan dengan lulusan Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU), yang bersedia menyokong usaha Malaysia untuk muncul sebagai pusat global serantau malah dunia bagi kenderaan hibrid dan elektrik.
Berdasarkan permintaan dan teknologi pada masa depan yang semakin cenderung ke arah kenderaan mesra alam atau cekap tenaga, penuntut DHU dilengkapkan dengan kemahiran kejuruteraan automotif, berkongsi wawasan Dr Mahathir untuk mempertingkat kapasiti bidang itu dan mewujudkan ekosistem auto.
Penuntut peringkat Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal di DHU, Salfril Samad yang akan menamatkan pengajian akhir tahun ini berkata Malaysia perlu mencipta teknologi baharu untuk menyokong pertumbuhan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan hibrid.
Beliau yang pernah menyertai kategori terbuka di Pertandingan Kemahiran Dunia Beliau Malaysia di Kuantan pada April lepas dan memenangi tempat kedua itu berkata, penuntut lulusan DHU dengan kemahiran kejuruteraan berkaitan akan membantu menyokong pertumbuhan ekosistem Malaysia dalam teknologi automotif baharu.
Salfril merupakan mahasiswa contoh yang menerima Anugerah Naib Canselor dengan purata gred terkumpul 3.96 semasa mengakhiri pengajian peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Perkhidmatan Automotif di DHU.
Seorang lagi penuntut DHU, Mohammad Asyraf Yusni, yang memenangi pingat emas di Pertandingan Kemahiran ASEAN 2016 dan mengetahui pasukan Malaysia meraih pingat gangsa dan Anugerah Negara Terbaik dalam Pertandingan Kemahiran Dunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada 2017 berkata, peluang dalam sektor automotif adalah sangat luas pada masa depan.
Oleh itu, katanya, belia digalakkan mendapatkan kelulusan akademik dalam kejuruteraan automotif di DHU.
âIni memandangkan sektor automotif berkembang pesat dengan kenderaan berteknologi canggih dan baharu memasuki pasaran pada setiap beberapa bulan dengan ciri-ciri terkini,â katanya dalam kenyataan yang mengandungi petikan temu bual itu.
Dr Mahathir sebelum ini berkata, penting bagi Malaysia meningkatkan kapasiti produktif kejuruteraannya jika ia benar-benar mahu menjadi peneraju pengeluar kenderaan daripada hanya menjadi pengimport kereta.
"Peluang pekerjaan dalam bidang seperti kejuruteraan automotif sangat banyak," kata seorang lagi penuntut, Asyraf.
Bagaimanapun, beliau berkata kerja keras, keazaman dan pengorbanan tiada galang gantinya kerana itulah prinsip utama dalam mencapai kejayaan.
Salfril memuji DHU kerana membolehkannya menghadiri latihan bukan sahaja dengan Proton malah syarikat yang terbabit dalam mengeluarkan kereta jenama Mazda, Audi serta Toyota.
Beliau berkata, kemudahan latihan automotif di DHU adalah âsempurna dan lengkapâ.
Pada masa ini, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih Kebangsaan untuk calon Pertandingan Kemahiran Dunia.
Sementara itu, ditanya mengenai pengalamannya di Pertandingan Kemahiran Dunia, Salfril berkata, beliau belajar mengenai sistem termaju baharu, pengurusan masa dan kerjasama sebagai ketua kumpulan, yang mendalamkan lagi pengetahuannya dalam sektor automotif.
Katanya, pelajar DHU harus belajar bagaimana untuk mengerjakan sistem auto kereta sebanyak mungkin dan tidak terhad kepada kereta nasional sahaja, kerana usaha itu akan meningkatkan peluang untuk diambil bekerja.
Naib Canselor DHU, Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman, bersetuju dan berkata, âkami mahukan pelajar kami menjalinkan hubungan dengan syarikat di luar kumpulan DRB-Hicom supaya mereka menjadi serba boleh dalam melihatkan perkembangan pesat teknologi sektor automotif.
âMemenangi Pertandingan Kemahiran Dunia adalah epitomik terhadap usaha ini dan bukti betapa berkesannya kaedah pengajaran kami dalam menyediakan teori dan kemahiran praktikal,â katanya.
Dr Omar juga menambah, DHU bertuah kerana mendapat bantuan syarikat induk, DRB Hicom, serta sokongan lebih 60 syarikat yang terbabit dalam aktiviti pengeluaran automobil, pemasangan, komponen, pengeluaran, perkhidmatan, perbankan dan hartanah.
âIni membantu jalinan kerjasama yang baik antara universiti kami dengan industri automotif,â katanya.
Hakikat bahawa universiti berkenaan adalah untuk industri dan oleh industri, beliau berkata, DHU menawarkan 54 kursus dalam bidang kejuruteraan, pengurusan dan teknologi perniagaan dengan jumlah penuntut yang sudah menamatkan pengajian sehingga kini adalah 1,864 orang.
âMelalui kerjasama dengan anak syarikat DRB-Hicom, kurikulum kami sentiasa relevan dengan âUniversiti untuk Industri, oleh Industri,â katanya dan menambah,kerjasama itu akan bergerak terus dalam membolehkan graduan DHU menjadi sebahagian warga sektor automotif yang berkembang pesat di Malaysia. -Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment