Terbuka China: Nicol ke suku akhir, Nafiizwan kandas

Thursday, September 6, 2018

Terbuka China: Nicol ke suku akhir, Nafiizwan kandas

Terbuka China: Nicol ke suku akhir, Nafiizwan kandas

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka China selepas menewaskan juara 2015, Laura Massaro.

Nicol hanya memerlukan 29 minit untuk menewaskan wakil England itu dengan kemenangan 3-0, 11-6, 11-6, 11-7.

Bagaimanapun, laluan berliku menanti Nicol di suku akhir apabila beliau bakal dicabar juara dunia, Raneem El Welily yang menundukkan wakil China, Li Dongjin, 15-13, 11-6, 11-6.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Mohd Nafiizwan Adnan terkandas apabila tewas 5-11, 9-11, 5-11 di tangan pilihan pertama dari Jerman, Simon Rosner.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment