Bayar tambang tanpa tunai KTM Komuter bermula Isnin ini
KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa berkuatkuasa Isnin ini, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter perlu buat pembayaran tambang perjalanan secara tanpa tunai.
Pengurus Besar, Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak berkata, buat permulaan, bayaran tambang tanpa tunai diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar sekolah menengah, kolej dan institusi pengajian tinggi.
"Hal ini bermakna tiada bayaran tambang secara tunai diterima daripada penumpang dewasa dan pelajar. Mereka perlu buat bayaran tambang menggunakan Kad Komuter Link, Touch ân GO atau Mykad.
"Namun, kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun, warga emas dan OKU masih boleh membayar tambang secara tunai dan perlu dapatkan token di kaunter tiket.
"Mereka adalah penumpang yang layak mendapat tambang konsesi dengan diskaun tambang sebanyak 50 peratus . Namun, kami amat menggalakkan mereka menggunakan Kad Komuter Link Konsesi untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan yang boleh diperoleh di kaunter Komuter Link, Aras 2, Stesen KL Sentral,â katanya.
Sebagai persediaan kepada peralihan dan pelaksanaan kaedah bayaran tambang tanpa tunai ini, KTM Berhad telah mula mengeluarkan dan memberikan lebih daripada sejuta Kad Komuter Link (Dewasa dan Konsesi) secara percuma kepada penumpang KTM Komuter sejak Julai tahun lalu sehingga kini.
Sementara untuk pelaksanaan bayaran tambang tanpa tunai berkuatkuasa 10 September ini, sebanyak 30,000 Kad Komuter Link (Dewasa) akan diberikan percuma mulai 10 hingga 16 September 2018.
Selepas tarikh tersebut, Kad Komuter Link akan mula dijual pada harga RM5 tanpa tambah nilai di kaunter tiket, mesin tiket dan melalui kru mobile team di stesen-stesen utama KTM Komuter.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment