TIGA rumah teres terjejas selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Lorong Pisang 1, Avantas Residence, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, 5.30 petang hari ini.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau maut dalam kejadian ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kuala Lumpur, Kapten (PA) Aziana Hizazi berkata, tanah runtuh dipercayai berlaku ketika hujan lebat di sekitar Lembah Klang.
âStruktur dua daripada tiga rumah runtuh manakala sebuah lagi hanya membabitkan runtuhan tanah di bahagian dapur.
âTerdapat tapak projek pembinaan di belakang kediaman rumah terbabit yang dikenal pasti menjadi punca kejadian, bagaimanapun kami masih berada di lokasi untuk membantu agensi berkaitan,â katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, rumah kedua mengalami kerosakan paling teruk apabila keseluruhan bahagian dapur kediaman itu terjatuh ke bawah cerun.
Katanya, ketika kejadian tiada penghuni di rumah berkenaan manakala penghuni dua lagi rumah selamat.
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment