Suspek ketiga kes samun kedai dobi ditahan reman

Sunday, September 16, 2018

Suspek ketiga kes samun kedai dobi ditahan reman


Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Sungai Petani, Sungai Petani pada kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar menyifatkan kejadian samun di kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam itu dianggap selesai susulan penahan suspek ketiga  semalam.

"Suspek ketiga yang juga seorang penganggur berusia 20 tahun itu ditahan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang jam 7 pagi semalam," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua lelaki bersenjatakan parang mengambil masa 15 minit untuk melarikan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai kira-kira RM14,500 di dua lokasi di Sungai Petani, Selasa lalu.

Suspek utama kes berkenaan diserahkan sendiri oleh ibunya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani pada Khamis lalu.

Turut ditahan, isteri suspek utama bagi membantu siasatan.-UTUSAN ONLINE

 



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment