Meriah umpama pertunjukan fesyen

Sunday, September 16, 2018

Meriah umpama pertunjukan fesyen

Meriah umpama pertunjukan fesyen

KOTA BHARU â€" Pertandingan baju beragam Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut di Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim Pengkalan Chepa Rabu lalu mencuri tumpuan seolah ala-ala pertunjukan fesyen bertaraf antarabangsa.

Pelbagai fesyen ditunjukkan hasil kreativiti murid dan ibu bapa yang rata-ratanya bersemangat menyertai pertandingan itu biarpun hadiah sekadar hamper makanan ringan dan bekas makanan.

Warga pendidik sekolah berkenaan yang diketuai Penolong Kanan Pentadbir, Mohd Albaqir Sholeh Mohd Yusoff turut terkejut dengan semangat patriotik yang ditonjolkan ibu bapa murid yang menyertai pertandingan itu.

“Sambutan sememangnya diadakan pada setiap tahun dan kali ini seramai 180 peserta merangkumi usia enam tahun dari peringkat pra sekolah hingga ke usia 11 tahun iaitu tahap lima dan jumlah itu melebihi dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Suasana pula sangat gamat dengan penuh warna-warna jalur gemilang yang dijahit menjadi pelbagai baju pelbagai jenis fesyen dan digayakan murid bagi menunjukkan semangat kemerdekaan,” katanya.

Menurutnya, sambutan yang sangat meriah itu bersesuaian dengan tema Sayangi Malaysiaku selain turut mengadakan pertandingan basikal berhias dan mewarna.

Puteri Raisya Aleesya mengayakan gaun kembang jalur gemilang yang dijahit dengan sangat cantik persis seorang puteri kemerdekaan.

“Pertandingan yang diadakan ini semua berkisarkan patriotisme bertujuan menyemai dan menyuburkan perasaan cintakan negara dalam kalangan anak-anak bangsa. Mereka adalah aset negara yang akan membawa hala tuju Malaysia pada masa depan.

“Sehubungan itu, seharusnya peribadi dan akhlak mereka perlu dicorakkan dengan baik di samping berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik,” katanya.  

Pertandingan baju beragam itu dijuarai Puteri Raisya Aleesya Ahmad Ilham, 8, yang memakai gaun jalur gemilang kembang beropol di lengan dan dada serta dihiaskan dengan lilitan bunga raya bunga kebangsaan di kelapa dan tangan.

Puteri Raisya dihias oleh ibunya Norashikin Danh Sapry, 35, yang turut hadir memberi sokongan bersama anak perempuan berusia 3 tahun yang turut memakai gaun jalur gemilang.

Kesemua peserta turut menerima hadiah sagu hati daripada pihak sekolah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment