SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus

Sunday, September 16, 2018

SST: Kadar cukai kamera, telefon dikurangkan kepada 5 peratus


KOTA KINABALU: Kamera dan telefon adalah barangan terbaru yang kadar cukainya telah dikurangkan kepada 5 peratus daripada 10 peratus kadar cukai yang dikenakan sebelum ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pengurangan kadar cukai itu diambil berikutan permintaan dari pihak industri untuk mengurang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap dua barangan berkenaan.

"Kadar cukai terhadap kamera kita telah kurangkan kepada lima peratus, telefon pun kita telah kurangkan kepada lima peratus.
"Pengurangan kadar cukai ini menjadikan cukai yang dikenakan terhadap dua barangan ini lebih rendah satu peratus berbanding kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Taklimat Pelaksanaan SST bersama Kastam, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Beliau juga menyatakan ketika ini, entiti perniagaan yang telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bawah sistem SST telah mencecah 100,000 dan dijangka jumlah ini akan terus meningkat.

Tambah Lim, kerajaan juga berhasrat untuk mengecualikan lebih 5,000 barang dan perkhidmatan dari SST berbanding 545 barangan yang dikecualikan cukai di bawah GST sebelum ini.




sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment