Sidang Dun NS: Sistem giliran bertanya lebih adil
SEREMBAN - Menetapkan sistem penggiliran bertanya soalan lisan pada Sidang Dun ke-14 adalah lebih adil kepada semua Adun.
Anthony Loke Siew Fook (DAP-Chennah) berkata, ini kerana pada sidang Dun dikendalikan kerajaan terdahulu, ruang diberikan kepada Adun pembangkang agak terhad menyebabkan banyak soalan tidak dapat ditanya.
âCadangan ini saya telah kemukakan beberapa kali sebelum ini, syabas saya ucapkan kepada Speaker kerana telah membuat pembaharuan ini.
âSeorang Adun dibenarkan bertanya tiga soalan, tapi jika kerajaan dulu, akan ambil masa yang panjang untuk beri jawapan menyebabkan pembangkang kurang masa untuk bertanya,â katanya ketika menyokong usul menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.
Bagaimanapun katanya, ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik dalam sistem tersebut antaranya memastikan aturan mesyuarat dibentangkan kepada semua Adun, ketua jabatan dan pihak lain yang terlibat.
Jelasnya, ia bagi menentukan Adun mana terlebih dahulu bertanya soalan seperti mana yang dipraktikkan dalam sidang Parlimen.
âLazimnya soalan pertama dari kerajaan dan kedua dari ketua pembangkang dan seterusnya bergilir-gilir.
âSetiap kali ada soalan dan selepas diberi jawapan, Adun yang bertanya perlu diberi hak untuk bertanya soalan tambahan lain jika ada. Tapi yang penting perlu bergilir-gilir supaya ada semak dan imbang.
âSoalan itu pula ditetapkan oleh Speaker mana yang lebih penting untuk dijawab dengan memberi keutamaan kepada soalan berbentuk dasar,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment